Skip to main content

Sukan Asia

Mendayung: Amirul enggan ketinggalan buru pingat

mohamad-amirul-norhadi.jpg
Mendayung menjadi skuad pertama daripada kontinjen Malaysia yang tiba di Palembang untuk menandakan bermulanya pemburuan pingat di selatan Sumatera itu sempena Sukan Asia Indonesia dari 18 Ogos hingga 2 September ini. 

Malaysia akan diwakili dua atlet dalam sukan itu, Mohamad Amirul Norhadi dan Muhammad Khairuddin Azwi.

Khairuddin akan beraksi dalam acara single sculls sementara Amirul, lightweight single sculls.

Hanya pendayung menjadi bekalan dari Malaysia sementara perahu para peserta atau racing shell akan diagihkan di venue pertandingan bagi aksi mendayung yang dijadualkan membuka tirai 19 Ogos ini di Kompleks Sukan Jakabaring.

"Persiapan yang paling penting adalah daripada segi mental dan kecergasan. 

"Kami bukan bersaing untuk jarak jauh, sebaliknya dengan pecutan.

"Saya gembira dan bangga mewakili Malaysia serta memikul tanggungjawab besar untuk memenangi pingat yang dianggap mustahil.

"Tetapi, saya akan berusaha keras untuk mendapatkan apa yang saya idamkan," kata Amirul. 

 

Advertisement

Must Watch Video