Skip to main content

Sukan Asia

Mendaki: Bukan sekadar aktiviti riadah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mendaki_1.jpg
Cabaran skuad mendaki di pentas Sukan Asia ialah mengelak daripada berada dalam kelompok bawahan, malah cuba untuk menjadikan temasya ini sebagai medan memperkenalkan sukan ini kepada masyarakat umum bahawa ia bukan sekadar aktiviti riadah mengisi masa lapang.

Setakat ini, beberapa sukan yang baru disertai Malaysia dalam temasya ini gagal mencipta impak, antaranya bola baling dan mendayung.

Menyedari jurang yang besar di antara Malaysia dan negara lain dalam acara mendaki, skuad negara mempunyai misi berlainan -- menjadikan Sukan Asia sebagai platform mempromosikan sukan ekstrem bagi menambat hati pencinta sukan tempatan.

Projek perintis yang kini dibarisi tujuh atlet negara bersama seorang jurulatih bakal bersaing dalam tiga acara dalam Sukan Asia kali ini, antaranya acara kepantasan individu (speed individu), kepantasan berganti-ganti (speed relay) dan acara campuran (combined) yang menggabungkan tiga disiplin berlainan.

"Ini merupakan satu penanda aras buat atlet-atlet negara akan datang. Kami mahu membina lebih banyak rangkaian dengan negara luar negara bagi memperoleh maklumat mengenai latihan dan persiapan untuk kejohanan akan datang," kata atlet negara, Muhammad Taqiuddin Mohd Zulkifli.

"Kekurangan peluang untuk beraksi di luar negara mencetekkan pengalaman atlet negara dalam Sukan Asia," kata alet negara, Tan Jie Yi.

Meskipun saiz fizikal barisan atlet Malaysia kelihatan lebih kerdil berbanding lawan di rantau ini, ia dilihat bukanlah faktor utama dalam menentukan kemenangan. 

Malaysia bakal membuka tirai saingan hari ini dengan pusingan kelayakan acara campuran lelaki.

"Kami mahu cuba menampilkan usaha yang terbaik. Jika dibandingkan dengan negara, mereka jauh lebih ke hadapan dalam sukan ini," kata atlet negara, Ghalib Mohd Azim.
 

Advertisement

Must Watch Video