Skip to main content

Sukan

Menara KL tawar pengalaman berbeza, adakan sukan bola jaring serta penalti

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kl.jpg
Menarik hujung minggu ini, Menara Kuala Lumpur (KL) telah menerima penyertaan lebih daripada 100 pasukan bersempena kejohanan sukan rakyat yang diadakan.

Penganjuran sulung itu memeriahkan lagi kalendar aktiviti Menara KL bagi tahun 2025 menerusi kemasukan orang ramai dalam dua kategori utama -- iaitu penalti dan bola jaring shootout.

Dengan yuran yang cukup berpatutan iaitu RM50 bagi setiap pasukan -- kejohanan ini menarik minat fanatik futsal dan bola jaring daripada pelbagai latar belakang dalam mewujudkan suasana penuh warna di bawah salah sebuah mercu ikonik di bandaraya Kuala Lumpur.

"Untuk julung kalinya, kami mengadakan satu program berbentuk kesukanan bersesuaian dengan ruang yang dimiliki sekitar Menara KL ini untuk menyahut seruan Tourism Malaysia (sektor pelancongan)," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LSH Service Master Sendirian Berhad (Sdn Bhd), mewakili pengurusan Menara KL, Khairil Faizal Othman.

kejohanan ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Menara KL dalam mewujudkan pengalaman cukup inklusif dan menarik buat masyarakat setempat selain inisiatif terbaik dalam mengeratkan interaksi antara komuniti menerusi promosi aktiviti gaya hidup sihat!




"Sayalah yang memperkenalkan bola jaring shootout ini. Nampak senang, tetapi perlu kesabaran tinggi.

"Sementara penalti ini pula bersistemkan liga," kata pengasas sukan tersebut," Sulaiman Ngah Dimin.

Ia juga turut dihadiri juara tiga kali Piala Malaysia, Azamuddin Akil menerusi penyertaan dalam acara penalti.

"Saya agak terkejut melihat ramai orang dan pemain yang menyertai pertandingan ini.

"Saya sangat teruja kerana ini kali pertama saya menjejakkan kaki di Menara KL," katanya.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video