Skip to main content

Sukan Asia

Memanah: Skuad recurve wanita tersingkir dalam pusingan pertama

triomemanah.jpg
Impian pemanah recurve diketuai Nur Aliya Abd Ghapar untuk mencipta kejutan, tidak kesampaian apabila tersingkir dalam pusingan pertama acara berpasukan wanita Sukan Asia selepas tewas kepada Kazakhstan 6-2 di Lapangan Memanah Gelora Bung Karno, sebentar tadi.

Malaysia turun dalam pusingan kalah mati selaku pasukan ranking ke-11, dengan skuad negara yang turut dibarisi Loke Shin Hui dan Nuramalia Haseesha Mazlan bermula baik apabila menang end pertama.

Bagaimanapun, kesilapan sendiri memakan diri apabila trio negara berdepan masalah konsisten untuk tewas dalam baki dua end, sekali gus tersingkir dengan kekalahan 2-6.

Prestasi ini mengulangi pencapaian Doha 2006 di mana kali terakhir skuad recurve wanita menyertai Sukan Asia.

"Percaturan kami tidak berhasil pada hari ini hingga tewas kepada Kazakhstan," kata Aliya.

"Kami telah mendahului perlawanan tetapi kesilapan demi kesilapan menyaksikan lawan memintas kami," kata Nuramalia.

Advertisement

Must Watch Video