Kekecewaan buat skuad recurve dan compound campuran negara selepas cabaran mereka tersekat dalam pusingan kedua Sukan Asia 2018 yang berlangsung pagi tadi.
Pasukan campuran recurve negara yang diwakili Nur Aliya Ghapar dan Khairul Anuar Mohamad terlebih dahulu memulakan cabaran dengan berdepan Tajikistan dalam aksi satu per 16.
Tiada masalah buat mereka apabila mudah menewaskan lawan menerusi keputusan 6-0 bagi bertemu Vietnam dalam pusingan berikutnya.
Vietnam yang diwakili Loc Thi Dao-Chu Duc Anh di ranking keenam keseluruhan acara ini, ternyata satu cabaran berbeza buat pemanah negara.
Selepas bermula baik pada set pertama untuk mengikat lawan, kesilapan yang dilakukan Aliya memberikan dua mata penting kepada Vietnam.
Seteru rantau Asia Tenggara itu kekal dengan panahan konsisten bagi menamatkan saingan hasil kemenangan 6-2.
"Kesilapan yang saya lakukan telah menghukum kami untuk mara ke pusingan seterusnya," kata Aliya.
"Lawan kami mempamerkan aksi konsisten bagi mengatasi Malaysia untuk mara ke pusingan seterusnya," kata Khairul Anuar.
Turut kecundang, gandingan compound negara, Fatin Nurfatehah Mat Salleh dan Juwaidi Mazuki apabila diatasi pemanah Singapura, Contessa Loh Tze Chieh-Alan Lee Chung Hee.
Persaingan hebat ditampilkan kedua-dua pasukan ini, namun end kedua menjadi pemisah ketara apabila Singapura mempunyai kelebihan dua mata.
Meskipun wakil negara mempamer kebangkitan dalam dua end terakhir, ia tidak dapat menafikan kemenangan tipis 153-152 memihak Singapura.
"Dalam end kedua, saya gagal melakukan bidikan yang terbaik," kata Fatin Nurfatehah.