Skip to main content

Sukan Asia

Memanah: Skuad compound galas harapan terakhir

jiwaidi.jpg
Skuad memanah compound negara yang diketuai Mohd Juwaidi Mazuki menggalas harapan terakhir untuk meraih pingat dalam Sukan Asia selepas trio recurve lelaki tewas mengejut kepada wakil Iran dalam aksi pusingan pertama acara berpasukan, hari ini.

Pemanah compound berpasukan lelaki dan wanita akan menentukan nasib sama ada skuad memanah kebangsaan mampu meraih pingat atau hanya pulang dengan tangan kosong esok, selepas trio recurve lelaki, Khairul Anuar Mohamad, Haziq Kamaruddin dan Mohd Akmal Nor Hasrin, tewas 6-0 kepada Iran dalam pusingan kedua.

Prestasi itu jelas mengecewakan kerana mereka hadir sebagai pemenang perak, empat tahun lalu, selain mendapat kemudahan Program Podium.

"Apa yang jadi pada hari ini mungkin boleh dijadikan pengajaran pada hari akan datang supaya tidak memandang rendah keupayaan lawan.

"Saya harap rakan sepasukan, tidak kira lelaki atau wanita, akan meneruskan perjuangan dan jadikan hari ini sebagai pengajaran," ujar Juwaidi.

Kekalahan barisan pemanah recurve lelaki negara juga mengundang persoalan kerana mereka dilihat telah menerima pendedahan terbaik.

Skuad kendalian Lee Jae-Hyung itu banyak menyertai kejohanan antarabangsa selain mengadakan kem latihan bersama juara dunia dan Sukan Olimpik di Korea Selatan.

Advertisement

Must Watch Video