Skip to main content

Sukan Asia

Memanah: Marbawi lega aksi di Indonesia beri perkembangan positif

memanah-wanita.jpg
Jurulatih memanah recurve wanita negara, Mohd Marbawi Sulaiman, menganggap aksi kali pertama skuad wanita bagi acara itu dalam Sukan Asia hari ini sebagai petanda positif selepas saingan penentuan kedudukan berakhir dengan baik.

Mereka tidak mendapat kedudukan terbaik tetapi kemampuan anak buah Marbawi bersaing dengan pemanah bertaraf dunia jelas memberi kelegaan buat pengendali itu.

Bagi acara individu, Nur Alia Ghapar berada di kedudukan ke-27 daripada 66 peserta sambil aksi cemerlang Nuramalia Haneesha Mazlan membolehkannya menduduki tangga ke-30 serta mengatasi catatan peribadi terbaik, 624 mata, berbanding sebelum ini, 610  mata.

"Memandangkan ini penyertaan sulung kami, saya berpuas hati, apatah lagi kami datang menerusi kategori A. 

"Atlet negara telah bersungguh-sungguh untuk melakar catatan terbaik," kata Marbawi. 

Sementara itu, catatan individu Loke Shin Hui meletakkannya di tangga ke-11 keseluruhan untuk penentuan kedudukan acara berpasukan.

Hanya lapan pasukan teratas mendapat laluan percuma untuk meneruskan kemaraan ke pusingan seterusnya.

"Jangkaan untuk menduduki senarai teratas tiada masalah. 

"Biar kami mengelak pasukan yang kuat dahulu. 

"Kalau berjumpa Vietnam atau Indonesia, ia langkah yang baik daripada berdepan Korea Selatan dan China," katanya lagi. 

Advertisement

Must Watch Video