Skip to main content

Sukan Asia

Memanah: Khairul gagal mara ke separuh akhir recurve individu

khairul-anuar-mohamad.jpg
"Terlalu berhati-hati pun tewas juga." Itulah situasi wakil memanah acara recurve individu lelaki negara, Khairul Anuar Mohamad, yang gagal menembusi kelompok empat terbaik selepas tewas dalam suku akhir Sukan Asia Indonesia di Lapangan Panahan Gelora Bung Karno, hari ini.

Hasrat untuk melihat ada wakil negara merebut peluang pingat dalam acara individu recurve tidak kesampaian apabila dia ditundukkan 3-7 oleh wakil Kazakstan, Ilfat Abdullin.

Ilfat jauh lebih konsisten daripada Khairul yang memulakan langkah berhati-hati dalam setiap panahannya tetapi akhirnya memakan diri.

Ia diakui sendiri Khairul apabila dua panahannya tersasar, meraih tujuh dan lapan mata, sekali gus menjejaskan kutipan mata keseluruhannya.

"Saya terlalu jaga panahan. Walaupun angin tidak kuat, ia menjejaskan saya juga," kata Khairul.

Habuannya, Khairul terpaksa akur dengan keputusan 7 mata hanya berbalas 3.

Tegas Khairul, dia menjangkakan saingan sengit daripada Ilfat berdasarkan pertemuan sebelum ini.

"Saya pernah tewas kepadanya. 

"Dia banyak meraih markah sempurna," ujarnya lagi.
 

Advertisement

Must Watch Video