Pemanah recurve negara, Khairul Anuar Mohamad, sudah melupakan kekecewaan saingan individu dan kini memberi tumpuan penuh terhadap acara berpasukan lelaki dalam Sukan Asia Indonesia di Lapangan Panahan, Gelora Bung Karno, esok.
Pendekatan terlalu berhati-hati menyaksikan Khairul terkandas dalam suku akhir acara individu, semalam.
Dia kemudian bergandingan bersama Nur Aliya Ghapar bagi saingan berpasukan campuran tetapi kemaraan mereka tersekat di peringkat penyingkiran 1/8 apabila tunduk kepada pasangan Vietnam, Loc Thi Dao dan Chu Duc Anh, hari ini.
Lantas, tumpuan Khairul kini sudah pasti kepada acara berpasukan lelaki, dengan Malaysia mempunyai misi untuk sekurang-kurangnya mempertahankan pingat perak yang diraih di Incheon, empat tahun lalu.
"Pada sebelah pagi, saya mendapatkan semula prestasi dan skor pada hari ini lebih baik berbanding semalam. Kami sudah mencuba yang terbaik.
"Semalam saya melakukan kesilapan dan hari ini dapat diperbaiki, jadi saya ingin mengekalkan rentak," kata Khairul.
Sementara itu, Nur Aliya bertekad ingin memperbaiki kesilapan yang dilakukannya ketika saingan berpasukan campuran dan mengelak perkara sama berulang untuk acara berpasukan wanita.
Walaupun tiada sasaran tinggi diletakkan kepada trio negara yang diwakili Nur Aliya, Nuramalia Haneesha Mazlan dan Loke Shin Hui, mereka perlu sekurang-kurangnya cuba untuk melepasi pusingan pertama selepas berada di kedudukan ke-11 dalam pusingan kelayakan.
"Saya tidak letak apa-apa harapan, cuma akan melakukan yang terbaik. Keadaan angin di sini baik tetapi kami tidak tahu ia akan bertambah kuat atau tidak," kata Nur Aliya.