Skip to main content

Sukan Asia

Memanah: Juwaidi sasar podium

juwaidi.jpg
Atlet memanah compound negara, Mohd Juwaidi Mazuki, berjanji tidak akan hanya berpuas hati dengan rekod baru kebangsaan semata-mata, malah perebutan podium kali ini menjadi tumpuan utamanya.

Sebaik penampilan hari pertama bermula dengan langkah kanan menerusi rekod baru kebangsaan, iaitu 705 mata, itu tidak bermaksud Juwaidi sudah berpuas hati.

Tumpuan sebenar sudah pasti terarah kepada perebutan pingat bagi acara compound lelaki berpasukan bersama gandingannya, Lee Kin Lip dan Alang Arif Akil Mohd Ghazali, selain compound campuran bersama Fatin Nurfatehah Mat Salleh.

"Kami meletakkan sasaran untuk meraih pingat selepas buat kali kedua acara compound dipertandingkan dalam Sukan Asia," kata Juwaidi.

Melewati edisi kedua acara compound dalam Sukan Asia, Juwaidi berharap penampilannya selaku atlet senior mampu membawa pasukan meraih sekurang-kurangnya pingat pertama selepas gagal berlaku di Incheon 2014.

"Untuk acara berpasukan lelaki dan campuran, Malaysia memiliki sasaran di Indonesia. Kami mahu berusaha untuk persembahan terbaik bagi memastikan kejayaan diraih," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video