Pemanah compound negara, Mohd Juwaidi Mazuki, menamatkan penentuan kedudukan untuk saingan kalah mati dengan memecahkan rekod kebangsaan hasil catatan 705 mata untuk mengatasi rekod yang dipegangnya sejak tiga tahun lalu.
Senyum lebar Juwaidi sudah cukup untuk menggambarkan perasaannya selepas memecahkan rekod kebangsaan miliknya sendiri yang dilakar dalam Terbuka UPM pada 2015.
Ia kepuasan buat Juwaidi yang baru sahaja pulih daripada kecederaan untuk penampilan kali kedua dalam Sukan Asia, seakan-akan memberi bayangan yang cukup positif sebelum saingan sebenar bermula.
"Selepas mendapat momentum, saya merakamkan rekod baru kebangsaan.
"Sasaran pertama saya di sini, iaitu rekod kebangsaan, sudah tercapai.
"Selepas ini, saya dalam misi mengejar pingat," katanya yang menamatkan saingan di belakang dua peserta Korea Selatan.
Juwaidi turut cemerlang membantu skuad compound berpasukan lelaki berada di kedudukan kelima daripada 16 pasukan bertanding selain kelibat dua lagi pemanah negara, Lee Kin Lip dan Alang Arif Akil Mohd Ghazali.
Dalam masa yang sama, acara campuran pula turut menyaksikan Malaysia menghuni kedudukan keempat daripada 17 negara selepas Juwaidi bersama Fatin Nurfatihah Mat Salleh mencatat 1,399 mata.