Skip to main content

Sukan SEA

Memanah: Ikram optimis lima emas mampu dilaksana

ikram-joni.jpg
"Sejarah akan tercipta di Filipina."

Itu keyakinan pemanah recurve negara, Muhammad Ikram Joni, mengenai sasaran lima pingat emas Sukan SEA, November depan selepas Malaysia muncul juara keseluruhan Piala Asia di Taiwan.

Pencapaian terbaik skuad memanah kebangsaan adalah mengutip lima emas yang dilakar ketika Sukan SEA 2015 dan di Kuala Lumpur, dua tahun lalu.

Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) menetapkan sasaran lima emas untuk temasya di Filipina berdasarkan prestasi mantap sepanjang tahun ini.

"Tahniah buat atlet yang bertanding di Taiwan kerana memenangi banyak emas, terutama skuad compound. Untuk Sukan SEA kali ini, saya rasa harapan cerah untuk meraih lima emas," katanya.

"Kemenangan mereka dalam Piala Asia banyak memberi semangat kepada saya. Untuk Sukan SEA, saya cuba untuk dapatkan tempat," ujar pemanah recurve kebangsaan, Nur Husna Nadhirah Khalid.

"Saya yakin skuad memanah negara akan mencapai sasaran lima emas di Filipina. Ia tidak mustahil kerana Malaysia diperkuatkan atlet berpengalaman," tambah rakan sepasukannya, Muhammad Norhairulnizam Rosdi.

Sebanyak 10 emas akan dipertandingkan dalam Sukan SEA Filipina, iaitu lima dalam acara recurve dan lima compound dan skuad negara jelas berada dalam momentum terbaik susulan muncul juara keseluruhan Piala Asia di Taiwan dengan lima emas.
 

Advertisement

Must Watch Video