Khairul Anuar Mohamad berpeluang mencipta rekod selaku pemanah yang paling banyak menyertai Sukan Olimpik apabila bakal mengetuai trio recurve negara mencabar Kejohanan Memanah Dunia di Belanda bermula Isnin ini dengan tiket Sukan Olimpik Tokyo 2020 menjadi taruhan.
Khairul Anuar adalah pemanah tunggal yang masih kekal daripada trio temasya London 2012.
Dia berjaya mengekalkan prestasi selaku pemanah individu terbaik negara apabila mara ke peringkat suku akhir Piala Dunia Kedua di Shanghai, China, bulan lalu.
Namun, tugas di Belanda lebih sukar memandangkan Olimpian 2012 dan 2016 itu akan mengetuai pemanah muda.
"Terdapat lebih kurang 54 pasukan yang bakal terbabit dalam Kejohanan Dunia.
"Insya-Allah kami boleh melakukannya jika dapat menjelmakan rentak dalam latihan ketika kejohanan sebenar kelak," katanya.
Acara recurve individu menawarkan empat tiket Sukan Olimpik Tokyo 2020 sementara acara berpasukan menyaksikan dia selain Mohd Akmal Nor Hasrin dan Mohd Zarif Syahir Zolkepeli perlu sekurang-kurangnya ke suku akhir.
Skuad wanita pula menggalas tugas untuk mencipta kejutan selepas Nor Afisa Abd Jalil menumbangkan juara Sukan Olimpik dari Korea Selatan ketika meraih tangga keempat recurve individu di Shanghai.
"Saya kini lebih faham untuk menguasai pertandingan dengan mengawal gemuruh dan keyakinan," kata Nor Afisa.
Untuk rekod, pemanah negara sentiasa mempunyai wakil ke Sukan Olimpik sejak temasya Athens, Greece, 2004.