Skip to main content

Sukan Asia

Memanah: Berpasukan lelaki-wanita mara ke suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

juwaidi.jpg
Atlet memanah compound negara tidak berdepan kesukaran untuk melepasi pusingan awal acara berpasukan lelaki dan wanita di Lapangan Memanah Gelora Bung Jarno, Jakarta untuk mara ke suku akhir Sukan Asia 2018.

Trio wanita negara yang dibarisi oleh Fatin Nurfatehah Mat Salleh, Saritha Nam Chong dan Sazatul Nadhirah Zakaria mempamerkan aksi cemerlang untuk mengatasi trio Myanmar 229-222.

Mereka seterusnya akan berdepan trio Taiwan bagi merebut slot ke separuh akhir.

Bagi saingan lelaki pula, Malaysia yang diketuai oleh Mohd Juwaidi Mazuki di samping Lee Kin Lip serta Alang Arif Aqil Mohd Ghazalli mempamerkan bidikan cemerlang untuk meraih kemenangan ke atas wakil Laos 230-223.

Selepas mengharungi temasya yang kurang cemerlang, ini merupakan peluang mereka menebus maruah dengan Iran menjadi halangan dalam separuh akhir.
 

Advertisement

Must Watch Video