Skip to main content

Sukan Asia

Memanah: Afisa puas hati dengan prestasinya

afisa.jpg
Pemanah recurve wanita negara, Nur Afisa Abdul Halil, menganggap kedudukannya di peringkat kelayakan ranking memberi bayangan positif sebelum ujian sebenar dalam pusingan penyingkiran Sukan Asia Indonesia di Lapangan Memanah Gelora Bung Karno, Khamis ini.

Afisa menganggap kedudukan ke-42 yang dicapainya sebagai langkah kanan memandangkan ia merupakan penampilan kali pertama recurve wanita dalam temasya sukan itu.

Mengakui mempunyai rasa gugup pada awalnya, namun segalanya kembali kepada kondisi biasa selepas melewati pusingan kedua dalam aksi kelayakan ranking, hari ini.

Walaupun berada dalam kelompok tengah daripada 66 peserta bertanding, Afisa berpuas hati dengan prestasinya selepas mengumpul 613 mata.

"Kami cuba buat yang lebih baik pada penghujung end kedua dengan faktor angin pun boleh dibawa 'bincang' lagi.

"Alhamdullah kami boleh berikan aksi yang lebih baik dalam catatan pertama," ujar Afisa.

Untuk saingan berpasukan, Malaysia berada di kedudukan ke-11 daripada 14 negara, dengan lapan terbaik mendapat laluan percuma.

"Kedudukan pasukan dan individu kami berada di kedudukan yang baik. 

"Dalam penampilan sulung pasukan wanita, kami tidak menaruh harapan tinggi. 

"Kami cuba memberi cabaran hebat kepada pasukan-pasukan handalan. 

"Kami tidak mahu nampak lemah tetapi pada masa sama, tidak mahu nampak terlalu yakin mampu mengalahkan mereka," katanya lagi.

Advertisement

Must Watch Video