SUKAN LAIN
Melvin Chia sedia bertanding dalam MOM
Presiden Persekutuan Snuker dan Biliard Malaysia (MSBF), Melvin Chia, percaya pengalaman yang dimilikinya dalam industri sukan mampu dijadikan sebagai taruhan terbesar bagi mengisi jawatan Penolong Setiausaha Agung Lelaki Majlis Olimpik Malaysia (MOM), bagi penggal 2025-2029.
Tanpa menidakkan kekuatan pencabarnya iaitu Setiausha Agung Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Arif Astaman, Melvin berharap perwakilan dapat memberikan peluang kepadanya untuk menjadi sebahagian daripada barisan baru kepimpinan MOM.
Melvin bukanla nama asing dalam sektor sukan tanah air terutamanya dalam sukan snuker dan biliard selepas memikul Jawatan Presiden MSBF sejak 2013.
Iklan
"Jikalau kamu komited terhadap sesuatu kamu perlu tunjukkan yang kamu boleh melakukannya, jika kamu tidak bersedia jangan ambil posisi itu.
"Saya bertanding sebab saya sudah bersedia, saya sudah berkecimpung dalam arena sukan sekitar 30 tahun lebih.
"Saya juga berminat dalam membantu sukan lain untuk meningkatkan dan mengilap lagi bakat muda," katanya.
Must-Watch Video