MPL MY
MelQT tonggak kebangkitan Homebois
Adam Hamidun atau lebih dikenali sebagai MelQT melaungkan hasrat untuk bangkit bersama Homebois di saingan Liga Professional Mobile Legends Bang Bang (MPLMY) musim ke-15.
Di dalam era pembaharuan Homebois, 'Gold Laner' pasukan Homebois ini hadir dengan misi untuk membawa nama pasukan kembali bermain di pentas antarabangsa dan MPLMY musim ini bakal menjadi pentas kebangkitan pasukan itu.
Hombois yang kini berada di tangga kedua carta dengan perbezaan hanya satu mata di belakang Selangor Red Giants.OG Esports (SRG.OG) dan mempunyai 88 peratus kadar kemenangan musim setakat minggu ketiga.
Iklan
Minggu Diraja bakal menjadi pentas untuk MelQT pamerkan prestasi terbaik memacu pasukan Homebois melakar kebangkitan pada musim ini. Homebois bakal bertemu Todak dan Team Vamos pada minggu ini.Adakah MelQT akan membawa Homebois kembali beraksi di pentas antarabangsa pada tahun ini?
Must-Watch Video