HOKI
Megat Shahriman buka peluang pemain negara ke Eropah
Presiden Persatuan Hoki Kuala Lumpur (KLHA), Dato' Sri Megat D. Shahriman Zaharudin membuka ruang buat bakat muda negara selepas dalam rundingan akhir menubuhkan sebuah kelab berpangkalan di Itali.
Menurutnya, kelab itu akan dibuka secara rasminya dalam masa terdekat dengan dikenali sebagai Hockademy-Marliana.
Sebagai permulaan, kelab yang berpangkalan di Tuscany, Itali itu akan mewarnai saingan divisyen tiga dengan diperkuatkan gabungan pemain itali dan beberapa pemain Malaysia.
Iklan
Ini merupakan inisiatif megat dalam memastikan kelab tersebut sebagai destinasi pemain-pemain muda hoki negara memulakan langkah positif dengan memasuki benua itu.
"Kami telah menjalani kolaborasi dengan Konfederasi Hoki Itali dan Datuk Bandar Marliana mahu memupuk pelancongan-sukan di sana," kata Megat.Shahriman.
Sementara itu, Megat Shahriman menjelaskan proses dokumentasi untuk penubuhan kelab tersebut sedang berada di peringkat akhir.
"Kami telah mengambil enam hingga tujuh bulan dalam usaha menubuhkan pasukan ini dan dijangka bakal dirasmikan bulan hadapan."
Must-Watch Video