Masalah dana yang dialami Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) akhirnya menemui jalan keluar apabila bakal menerima bantuan kewangan sehingga RM500,000 daripada seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Megat Shahriman Zaharudin.
YAKEB yang berdepan masalah kewangan kritikal kini dapat menarik nafas lega apabila Megat Shahriman selaku tokoh perniagaan dan korporat tampil memberi bantuan yang berjumlah RM300,000 hingga RM500,000.
Beliau menjelaskan sumbangan ikhlas itu adalah demi kelangsungan hidup bekas-bekas atlet kebangsaan yang masih memerlukan bantuan, khususnya daripada segi perubatan.
Sekiranya YAKEB bersetuju, Megat Shahriman juga dengan rela hati menawarkan diri untuk turut sama menyumbang tenaga sebagai ahli lembaga pengarah YAKEB agar satu kerjasama terjalin untuk sama-sama menyumbang idea bagi mengukuhkan lagi yayasan itu pada masa akan datang.
"Saya ingin menawarkan diri untuk duduk di dalam lembaga pengarah YAKEB agar komitmen dan sumbangan saya dapat diselesaikan. Saya ingin menawarkan sumbangan dalam lingkungan RM300,000 hingga RM500,000.
"Saya juga ingin membantu YAKEB," katanya.
Bagaimanapun, Megat Shahriman tidak menganggap Kementerian Belia dan Sukan (KBS) seakan-akan bersikap lepas tangan sehingga dia tampil menjadi indvidu pertama membantu kerana sememangnya KBS masih memerlukan masa menguruskan pelbagai isu sebelum akhirnya mengeluarkan dana untuk YAKEB.
"Ia memerlukan masa. Masa harus diberikan kepada pihak menteri dan timbalan menteri bagi mengenal pasti masalah satu demi satu. Mereka juga berdepan tugas yang lain.
"Jadi, jika kita dapat membantu kementerian untuk menyelesaikan masalah ini, ia pasti bagus. Saya percaya mereka tetap mengambil berat tentang YAKEB, cuma ia perlu diteliti satu demi satu."