UFC
McGregor cuba lontar kerusi ke arah Alvarez
Conor McGregor sekali lagi mencetuskan kontroversi di medan UFC apabila dia terpaksa dihalang daripada cuba melontar kerusi ke arah lawannya, Eddie Alvarez, ketika sesi sidang media yang berlangsung pada Khamis.
McGregor bakal membuat perhitungan dengan Alvarez di Madison Square Garden hujung minggu ini bagi merebut kejuaraan lightweight.
Dia pada awalnya mencetuskan rasa marah Alvarez yang meninggalkan pentas ekoran lewat tiba ke sesi sidang media tersebut.
Iklan
Sebaik McGregor tiba -- memakai jaket berbulu dengan baju merah -- dia telah mengambil tali pinggang kejuaraan lightweight milik Alvarez sebelum bersuara: "Maaf saya terlambat -- I just don't give a f*** (saya tidak kisah dengan apa pun)."
Pergaduhan hampir tercetus apabila Alvarez kembali ke mejanya untuk mengambil semula tali pinggang miliknya sebelum Presiden UFC, Dana White, menghalang kedua-dua jaguh tersebut.
Situasi menjadi bertambah tegang apabila Alvarez melontar kerusi lipat di belakang McGregor, sekaligus mencetuskan kemarahan jaguh Ireland itu apabila dia cuba melontar kembali kerusi tersebut.
McGregor kemudian menegaskan: "Saya akan memastikan dia diam selepas ini, percayalah kata-kata saya."
Dia sebelum ini turut memberi amaran akan memastikan Alvarez mengalami kecederaan yang teruk sehingga ahli keluarganya tidak akan mengenali dirinya selepas tamat perlawanan.
Must-Watch Video