Tiada peninju MMA dalam sejarah Ultimate Fighting Championship (UFC) dinobat sebagai juara dalam dua kelas berbeza dalam masa yang sama sehingga Conor McGregor menewaskan penyandang juara kategori lightweight, Eddie Alvarez, dalam UFC 205, hari ini.
Juara kategori featherweight, McGregor, mencipta sejarah di New York selepas menewaskan Alvarez menerusi keputusan 'technical knockout' (TKO) dalam pusingan kedua.
Ternyata McGregor berada di tahap yang cemerlang sejak perlawanan dimulakan di Madison Square Garden, dengan mempamerkan ketajaman ketika melepaskan tumbukan untuk menggugat Alvarez.
Bersambung dalam pusingan kedua, McGregor memastikan kemenangan berpihak kepadanya selepas melakukan kombinasi empat tumbukan untuk menumbangkan Alvarez.

Peninju MMA kelahiran Republik Ireland itu menjatuhkan Alvarez tiga kali dalam pusingan pertama, namun Alvarez berjaya bertahan buat seketika.SEJARAH TERCIPTA di NEW YORK!! #UFC205 #UFCNYC @TheNotoriousMMA pic.twitter.com/2sD7jDP5jT
— #UFC205 (@ufc) November 13, 2016