TINJU
McGregor beri lampu hijau
Presiden UFC, Dana White, mengumumkan bahawa dia telah selesai dalam proses rundingan dengan Conor McGregor untuk satu perlawanan menentang Floyd Mayweather Jr. dan kini sedang dalam proses mendapatkan persetujuan Mayweather.
"Dari pihak McGregor, segalanya telah selesai. Kini saya sedang cuba mendapatkan Mayweather," katanya.
White, bagaimanapun menyangkal perlawanan tersebut telah mencapai keputusan muktamad.
Iklan
"Saya tidak katakan perlawanan pasti akan berlangsung, tetapi saya sudah mencapai kata sepakat dari sebelah pihak," katanya.
"Jika saya berjaya mendapatkan persetujuan pihak lain (Mayweather), pertarungan itu pasti akan diadakan," jelas White.
Pada Rabu lalu, Mayweather berkata, pihaknya hanya menunggu kata putus dari White dan McGregor.
Must-Watch Video