Legenda Australia, Michael McCann, berharap ilmu dan pengalaman yang dikongsi bersama skuad hoki lelaki negara dalam tempoh yang singkat dapat digunakan sebaik mungkin bagi persiapan menghadapi siri jelajah Eropah serta kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2004 itu berkata dia hanya mampu memberikan idea taktikal kepada skuad bimbingan Roelant Oltmans itu sejak Isnin lalu untuk menghasilkan keputusan positif dalam kejohanan yang bakal dihadapi oleh skuad negara.
“Pasukan ini telah menunjukkan perkembangan yang baik daripada segi menjana peluang melakukan jaringan,” katanya.
McCann, yang menjadi jurulatih Mannheimer HC, sebuah kelab utama dalam liga hoki Jerman selama sembilan tahun, akan pulang untuk melihat aksi beberapa pemain kelab itu yang mewakili skuad kebangsaan Jerman.
“Saya akan melihat beberapa pasukan lain di sana (Eropah) dan akan berkongsi beberapa aksi menarik dengan Oltmans dan melihat jika ia dapat membantu skuad negara,” katanya.
Sementara itu, Oltmans berkata beliau gembira dengan kehadiran McCann dan perkembangan yang ditunjukkan oleh anak buahnya.
Beliau berkata senarai 20 pemain ke jelajah Eropah akan diumumkan minggu depan.
Skuad negara dijangka berlepas ke Eropah pada 21 Julai ini, dan dijadual menentang Jerman (ranking keenam dunia) pada 25 Julai, diikuti Sepanyol (ranking kesembilan dunia) pada 29 Julai, dalam perlawanan persahabatan antarabangsa sempena jelajah itu.
Ini merupakan sebahagian daripada persediaan pasukan negara dalam menghadapi perlawanan play-off kelayakan Sukan Olimpik 2020 yang akan berlangsung November depan.
-- BERNAMA