Skip to main content

Sukan Lain

MBPJ tekad perluas kerjasama bagi tingkat potensi sukan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

datuk-bandar-mbpj.jpg
Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) meletakkan sasaran untuk memperluaskan lagi kerjasama strategik kepada sukan lain yang berpotensi untuk diketengahkan.

Selepas melihat kecemerlangan pelari menara nombor dua dunia, Soh Wai Ching yang terus komited melakar kejayaan dalam kariernya.

Antara sukan yang dalam perancangan untuk diperluaskan adalah tenpin bowling yang jelas mampu melahirkan ramai bintang negara dalam persaingan pentas antarabangsa.

Ia sekaligus dilihat mampu menjadi inisiatif untuk mempromosikan bandar Petaling Jaya sebagai satu bandar yang mampan dan menjadi destinasi pelancongan khususnya menjelang tahun melawat Selangor 2025.

"Kelab MBPJ merupakan antara pasukan bola sepak yang menyerlah pada satu ketika dahulu hingga berjaya menjadi pasukan berstatus kelab pertama menjuarai Piala Malaysia. Bowling merupakan salah satu sukan yang mahu diketengahkan untuk ke peringkat lebih tinggi," kata Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Zahri Samingon.

Terdahulu, Majlis Anugerah MBPJ menyaksikan barisan pengamal media hadir untuk pengiktirafan apresiasi penyampaian berita yang bertempat di Petaling Jaya pada Isnin.
   

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video