Skip to main content

E-Sukan

Masyarakat semakin menerima E-sukan -- Soloz, XK Penjahat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

soloz.jpg
Personaliti popular e-sukan, Muhammad Faris Zakaria atau lebih dikenali sebagai Soloz meluahkan perasaan bangga terhadap pasukan Selangor Red Giant (SRG) atas pencapaian meraih gelaran juara dunia, baru-baru ini.

Ketika di majlis memperkenalkan kolaborasi bersama pengusaha tempatan, Kopi Saigon, Soloz dan Sofian Sultan XK Penjahat mengakui sukan itu tidak mampu menambat hati ramai peminat, sebelum ini.

Namun, dengan pencapaian yang memberangsangkan diraih dalam dan luar negara, perkembangan e-sukan di malaysia kini bertambah positif khusnya di kalangan masyarakat setempat

"Setelah beberapa tahun SRG telah memecahkan kebuntuan yang sebelum ini didominasi oleh negara jiran, Filipina dan Indonesia.

"Terima kasih dan tahniah kepada SRG kerana mengharumkan nama negara sekali gus membuka mata lapisan masyarakat menerima ekosistem e-sukan sebagai salah satu perkara yang boleh menjana kewangan," Soloz.

Advertisement

Must Watch Video