Skip to main content

Sepak Takraw

Masalah disiplin punca dua tekong negara digugurkan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

syahir-rosdi.jpg
Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail, tidak menolak wujudnya masalah disiplin dalam kalangan pemain kebangsaan yang mendorong dua pemain negara menerima surat pengguguran daripada badan induk berkenaan. 

Buat masa ini, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada PSM hingga satu sidang media yang akan diadakan minggu depan. 

Kem negara kini bergolak apabila dua tekong utama, Mohd Syahir Rosdi dan Muhammad Zulkifli Abdul Razak, digugurkan daripada skuad kebangsaan. 

Sebagai rekod, kedua-dua pemain itu pernah mambantu Malaysia meraih pingat emas acara antara regu dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan Sukan SEA Singapura 2015.

Mereka juga bertanggungjawab membutirkan pingat emas acara sama dalam Sukan Asia Indonesia tahun lalu, sekali gus menamatkan kemarau 24 tahun negara dalam temasya itu. 

"Insya-Allah, kami akan mengadakan satu sidang media pada minggu depan untuk memberikan penjelasan.

"Ia senang sahaja, kalau tiada angin, mungkinkah pokok boleh bergoyang? Melainkan digoncang orang.

"Terima kasih dan kita akan berjumpa nanti, Insya-Allah," katanya ketika dihubungi Nadi Arena, hari ini.

Advertisement

Must Watch Video