Nasib bintang sukan negara seperti ratu berbasikal trek, Fatehah Mustapa, dan tekong skuad sepak takraw, Syahir Rosdi, umpama telur di hujung tanduk menjelang mesyuarat penilaian Program Podium di Majlis Sukan Negara (MSN) esok.
Fatehah dan tiga lagi pelumba trek dijangka menerima tamparan hebat bagi menyelamatkan kedudukan mereka dalam skuad kebangsaan susulan prestasi tidak meyakinkan untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini seperti yang termaktub dalam kontrak Program Podium.
Syahir dan seorang lagi tekong negara, Mohd Zulkifli Abd Razak, pula digugurkan daripada skuad kebangsaan atas dakwaan masalah disiplin sambil beberapa atlet lain dijangka menerima perubahan melibatkan elaun atau terpaksa meninggalkan Bukit Jalil.
“Pencapaian Fatehah, dia mesti dapatkan pingat dalam saingan Trek Asia Tenggara yang dijadualkan pada minggu ketiga Ogos depan serta saingan di Korea Selatan, Oktober nanti. Jika gagal, keputusan akan dibuat selepas itu,” kata Setiausaha Kehormat Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Ashakari Abu Noor.
“Jika atlet cedera atau mengalami masalah, kami harus membantu mereka bangkit lebih kuat dan mendapatkan semula sentuhan terbaik, sama seperti sebelum mereka mengalami kecederaan,” ujar ketua jurulatih skuad hoki negara, Roelant Oltmans.