Ketua jurulatih skuad renang negara, Chris Martin, optimis untuk membentuk barisan atlet renang yang setanding dengan penyandang pingat emas acara 200 dan 400 meter gaya bebas Sukan SEA, Welson Sim.
Martin tiba di Malaysia, Jumaat lalu, dan selepas menjalankan latihan kedua dengan skuad negara, dia berasakan masih awal untuk menilai prestasi setiap atlet.
Bagaimanapun, pengendali kelahiran Amerika Syarikat itu akan menguji tahap kemampuan mereka dalam Kejohanan Renang Terbuka Malaysia di Bukit Jalil, 25-28 April ini.
"Saya berada di sini untuk menghasilkan prestasi yang lebih baik.
"Saya baru bersama mereka selama dua hari dan akan menilai setiap atlet untuk meningkatkan prestasi mereka," katanya.
Martin mengambil alih tugas Paul Birmingham yang berkhidmat selama 10 tahun dengan skuad kebangsaan.
Dia, yang pernah membimbing skuad renang England dalam Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998, bersedia untuk mencurahkan tenaga dan pengalamannya bagi membantu skuad negara menjelang Sukan SEA Filipina, November depan.
"Sukan SEA akan tiba pada penghujung November ini dan saya bersedia untuk memberikan keputusan lebih baik dalam temasya itu," tambahnya.