Marc Marquez memberitahu adik dan rakan sepasukannya yang baru, Alex Marquez, bahawa harus membuktikan keupayaan untuk "mendapat" kontrak lanjutan.
Alex, 23, memenangi kejuaraan Moto2 pada 2019 dan akan beralih ke saingan MotoGP bagi musim 2020 selepas menggantikan Jorge Lorenzo yang bersara pada November lalu.
Juara dunia enam kali MotoGP, Marc, menandatangani kontrak baru selama empat tahun minggu lalu untuk mengekalkannya di Honda hingga akhir 2024 namun adiknya hanya ditawarkan kontrak semusim dalam kempen sulungnya.
Sehubungan itu, Marc, yang memburu gelaran kelima berturut-turut pada 2020, menegaskan bahawa dia tidak akan campur tangan terhadap sebarang kontrak baru membabitkan adiknya itu.
"Tiada sebabnya rakan sepasukan menyentuh soal membabitkan kontrak," katanya dalam sidang akhbar semalam.
"Saya tidak pernah campur tangan dengan sesiapa pun. Begitu juga tahun lalu ketika ketibaan Jorge Lorenzo dan saya juga tidak akan mempengaruhi (Honda) mengenai soal berkaitan hal adik saya atau orang lain.
"Sekiranya Alex mahu kekal bersama Honda, dia perlu membuktikannya sendiri. Jika tidak, pelumba lain akan terpilih.
"Alex sudah cukup lama untuk menentukan kerjayanya sendiri. Saya hanya fokus kepada diri sendiri."

Día divertido y diferente en Madrid con los amigos de #Repsol! No han faltado las risas! ?
— Alex Márquez (@alexmarquez73) February 27, 2020
Funny and different day in Madrid with our friends from Repsol! Many laughs all the morning!@box_repsol pic.twitter.com/KYMmAmV3h5