'Tenang, berpengetahuan, diplomatik dan tegas.' Mana satu pilihan anda?
Bekas ketua jurulatih olahraga negara, Manshahar Abdul Jalil, menegaskan sesiapa yang akan menduduki tampuk sebagai Presiden Olahraga Malaysia (MA) perlu ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawabnya demi pembangunan sukan olahraga negara.
Saingan empat penjuru bakal menyaksikan persaingan sengit memandangkan ke semua calon memiliki kehebatan tersendiri.
Penyandang terkini, Datuk Seri Shahidan Kassim, bakal dicabar oleh Datuk Karim Ibrahim yang membuat kemunculan semula sejak kali terakhir memegang kerusi panas itu pada penggal 2014-2019.
Dua lagi calon ialah Datuk Wan Hisham Wan Salleh dan Datuk Mark Ling.
Menurutnya, fokus terdekat perlu berteraskan Sukan SEA yang akan berlangsung hujung tahun ini.
Dalam masa sama, dia turut mengulas kredibiliti setiap watak yang bakal mengisi tampuk kepimpinan tersebut memiliki kebolehan masing-masing -- Shahidan Kassim bersifat diplomatik, Mark Ling memiliki karakter tegas, Karim Ibrahim berpengetahuan dan Wan Hisham pula lebih tenang dalam membuat keputusan.
Segalanya akan terjawab dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pada 15 Jun ini, yang akan menentukan struktur kepimpinan baru MA bagi penggal 2025 hingga 2029.
"Barang siapa yang dilantik menjadi presiden, perancangan jangka masa pendek wajar digunakan memandangkan Sukan SEA akan berlangsung Disember ini.
"Itu akan menentukan kewibawaan kepimpinan untuk meletakkan sukan olahraga terus di peringkat terbaik," katanya di Nadi Arena.

“Tenang, berpengetahuan, diplomatik, tegas”
— Faizal Bazari (@faizalbazario) June 4, 2025
Coach Man memberi gambaran karakter setiap calon.
Yang mana satu pilihan anda?
Nantikan kehangatan AGM Olahraga Malaysia pada 15 Jun ini.
Siapa yang akan mengisi jawatan Presiden utk penggal 2025-2029?
More on Nadi@ASTROARENA pic.twitter.com/atcwRH27u7