Skip to main content

Sukan Lain

Manshahar sedia ambil alih tugas Zainal

mashahar.jpg
Jurulatih senior skuad olahraga negara, Mohd Manshahar Abd Jalil, bersedia menggalas tugas ketua pengendali kebangsaan jika diberi kepercayaan menggantikan Zainal Abas yang meletak jawatan, Isnin lalu.

Manshahar memiliki pengalaman 37 tahun sebagai jurulatih, dengan memiliki lesen kejurulatihan tahap tiga Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) dan berjaya melahirkan beberapa jaguh utama negara.

Antara bekas anak didiknya ialah pemegang rekod kebangsaan, Roslinda Samsu dan Kathleen Ong.

Beliau kini membimbing pemegang rekod kebangsaan lompat bergalah lelaki, Iskandar Alwi, dan atlet lompat bergalah wanita, Chuah Yu Tian.

"Jika terpilih, saya akan berusaha untuk memikul tanggungjawab itu dengan sebaik mungkin. Buat masa ini, saya akan menunggu keputusan," kata jurulatih itu.

Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) sedang mencari calon ketua jurulatih baru, dengan Timbalan Presiden, Datuk Paduka Mumtaz Jaafar, memangku tugas itu buat sementara waktu.

Cabaran utama skuad olahraga ialah mempunyai wakil layak secara merit ke Kejohanan Dunia, September depan, Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan sekurang-kurangnya mempertahankan lapan pingat emas dalam Sukan SEA Filipina.

 

Advertisement

Must Watch Video