Jurulatih skuad ragbi negara, Lee Nyuk Fah, mahu tempoh seminggu kem latihan fasa akhir dapat dimanfaatkan sebaik mungkin supaya aksi terbaik dapat dipamerkan bagi mempertahankan kejuaraan Divisyen Satu, Kejohanan Ragbi Asia (ARC) pertengahan bulan ini.
Harapan amat tinggi buat skuad negara selepas kejayaan menjuarai Divisyen Satu buat julung kali tahun lalu apabila berjaya menewaskan Singapura.
Kali ini, Malaysia sekali lagi menjadi tuan rumah dengan Ipoh, Perak menjadi gelanggang dalam misi mempertahankan gelaran selain mendapat satu lagi peluang untuk ke Divisyen Perdana.
Ketika ini, 32 pemain berada dalam kem latihan fasa akhir dengan hanya 25 pemain akan disenaraikan untuk ke Ipoh nanti.
"Yang paling penting, semua pemain dapat beraksi dan berlatih bersama-sama dan melaksanakan segala perancangan yang telah tunjukkan sebelum ini.
"Saya berharap pemain mampu mencapai tahap terbaik pada masa yang tepat," ujar Nyuk Fah.
Sebelum ini, skuad negara berkunjung ke Perth, Australia penghujung bulan lalu dengan mengharungi dua perlawanan ujian.
Mereka tidak mengecewakan apabila berjaya melakar kemenangan, masing-masing ke atas kelab Emerging Force dan juga Palmyra, yang secara tidak langsung memberikan impak positif buat skuad negara dengan pengalaman yang diraih itu cukup berharga.
"Kunjungan kami ke Perth selama 10 hari itu sangat berbaloi. Kami mendapat beberapa 'tip' penting daripada jurulatih Best Western Force. Selain itu, kami juga membentuk satu keluarga yang besar antara pemain," tambahnya.