Skip to main content

Hoki

Mandat penuh buat Sarjit Singh, tidak diletakkan sebarang  KPI

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

11.png
Tiada tekanan tambahan buat Sarjit Singh yang kini memegang amanah untuk kembali meletakkan hoki kebangsaan di landasan tepat. 

Umum telah mengetahui bahawa bekas jurulatih hoki lelaki Malaysia, Sarjit Singh, sah kembali menggalas peranan itu semalam berikutan kegagalan The Speedy Tigers layak ke Sukan Olimpik Paris.  Dan dalam sidang media ketua jurulatih baru hoki negara sebentar tadi di Bukit Jalil, Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal menyatakan bahawa, ' kami tidak meletakkan sebarang petunjuk prestasi utama (KPI) bagi Sarjit buat masa ini kerana apabila menjadi ketua jurulatih baru, liga pun akan tamat dalam minggu depan, minggu ini dan kemudian tugas beliau untuk mengenal pasti, pembantu jurulatih beliau, kemudian beliau juga mungkin memilih pemain-pemain.'

"Sistem itu biar jurulatih sendiri yang akan menilailah, mungkin bukan hari ini, mungkin satu hari nanti beliau akan maklumkan tetapi dalam itu juga kita mahu pastikan bahawa jurulatih menyesuaikan diri dan jurulatih mencari formula yang terbaiklah untuk membawa kejayaan pada pasukan kebangsaan."

Dalam sidang media tersebut, Sarjit turut menyatakan bahawa beliau berminat untuk mendapatkan khidmat beberapa pemain muda demi menghasilkan persembahan terbaik nanti. Perkembangan lanjut di Nadi Arena, 7.30 malam ini. 

Selamat Maju Jaya buat Sarjit Singh bagi terus membangunkan sukan hoki negara. 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video