HOKI
The Malaysian Tigress asah taring di Eropah
Skuad hoki wanita negara berlepas ke Eropah untuk menjalani latihan selama tiga minggu sambil jurulatih, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah, dihujani persoalan mengenai nasib Malaysia, sama ada beraksi dalam Separuh Akhir Liga Dunia di Belgium atau Afrika Selatan.
Apa yang lebih merunsingkan Dhaarma Raj ketika ini adalah mengenai kedudukan Malaysia dalam perebutan tiket ke Piala Dunia.
"Buat masa ini, saya berasakan kedua-duanya bukan perkara utama.
Iklan
"Tetapi, apa yang mustahak adalah kita harus sedar bahawa kita merupakan pasukan di ranking terbawah di peringkat Separuh Akhir Liga Dunia nanti.
"Saya mengharapkan keajaiban berlaku pada malam ini dalam pertemuan Uruguay menentang Chile.
"Jika Uruguay menewaskan Chile, mereka akan menjadi pasukan di ranking terbawah.
"Sekiranya tidak, kami akan menjadi pasukan di ranking paling bawah dan terpaksa berada dalam kumpulan maut," katanya.
Dalam usaha melayakkan diri ke Piala Dunia buat kali pertama, The Malaysian Tigress mengadakan jelajah Eropah untuk diuji pasukan kelab dan negara di Jerman dan Belanda.
Must-Watch Video