Skip to main content

Hoki

Malaysia tiada masalah jinakkan Jerman

hoki.jpg
Skuad hoki lelaki negara mencatatkan kemenangan motivasi selepas mengalahkan Jerman 4-2 dalam perlawanan ujian di Krefeld, hari ini.

Anak buah Roelant Oltmans itu berjaya mendahului seawal minit keenam selepas Razie Rahim menyempurnakan pukulan sudut penalti.

Gol tersebut menjadi pencetus semangat kepada pasukan negara yang terus menguasai perlawanan dalam suku masa kedua dan menambah jaringan melalui Faizal Saari pada minit ke-13.

Jerman merapatkan kedudukan selepas Tom Grambusch menjaringkan gol melalui pukulan sudut penalti dan kedudukan kekal sehingga tamat suku ketiga. 

Dua lagi gol kemudian dijaringkan Shahril Saabah (m-53) dan Azuan Hasan (m-55) sebelum Jerman mendapat satu lagi gol pada minit terakhir perlawanan melalui Timm Herzbruch.

Malaysia akan bertemu Sepanyol dalam perlawanan ujian kedua Isnin ini.

 -- BERNAMA
 

Advertisement

Must Watch Video