Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Sukan Lain

Malaysia terus mengatur langkah ke arah Sukan Komanwel

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

screenshot-(11)_1.png
Jawatankuasa Pilihan Khas Pembinaan Negara Bangsa, telah bersetuju untuk memanggil Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) bagi menerima taklimat lanjut berkenaan kewajaran penganjuran Sukan Komanwel 2026, dua tahun lagi.

Taklimat itu dipengerusikan oleh Dato' Sri Saifuddin Bin Abdullah dan beberapa anggota kabinet lain bagi mempertimbangkan tawaran sekali seumur hidup untuk menjadi tuan rumah sebelum dibawa ke peringkat yang lebih tinggi.


 


Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyatakan bahawa kementeriannya sedang menyediakan satu kertas kabinet meliputi hasil kajian yang terdiri dari pelbagai aspek penganjuran untuk diserahkan kepada jemaah menteri.

Langkah ini merupakan satu lagi proses untuk memastikan Malaysia berada di landasan yang tepat untuk melaksanakan temasya sukan yang hanya berlangsung empat tahun sekali itu.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video