MALAYSIA 0 GREAT BRITAIN 1
Gol tunggal Great Britain yang dihasilkan menerusi pukulan penalti sudah cukup untuk sekali lagi menghalang hasrat Malaysia daripada mengecapi kemenangan sulung dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah di Stadium Hoki Azlan Shah, malam ini.
Pada minit ketujuh, Great Britain sudah memiliki peluang untuk mendapatkan gol apabila dihadiahkan pukulan sudut penalti, malangnya mereka gagal menyempurnakannya.
Lima minit selepas itu, usaha Great Britain, juga menerusi pukulan sudut penalti, sekali lagi dinafikan pemain pertahanan negara.
Tidak lama kemudian, giliran Malaysia pula dihadiahkan pukulan sudut penalti tetapi percubaan kencang Muhammad Razie Abdul Rahim dihalang penjaga gawang Great Britain, Harry Gibson.
Malaysia mendapat pukulan sudut penalti kedua pada minit ke-23 selepas gerakan solo Razie Rahim dihalang pertahanan Great Britain. Bagaimanapun, pukulan yang diambil pemain itu melewati palang gol.
Great Britain akhirnya berada di depan setelah pengadil menghadiahkan pukulan penalti pada minit ke-26. Alan Forsyth mudah menolak bola masuk untuk meletakkan pasukannya di depan dengan jaringan 1-0.
Kedudukan itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama biarpun The Malaysian Tigers hampir memperoleh gol penyamaan hasil satu serangan balas seminit sebelum itu.
Pada separuh masa kedua, Great Britain mendapat pukulan sudut penalti ketujuh pada minit ke-40 tetapi mereka gagal untuk menambah jaringan. Serangan balas pantas Malaysia selepas itu juga berjaya diselamatkan Gibson.
Usaha pasukan negara memburu gol pada suku keempat melalui serangan bertali arus tetap tidak menemui penyudah untuk menamatkan kedudukan di tangga tercorot dalam kelompok enam pasukan bertanding.
Ia adalah kekalahan kedua skuad negara selepas tewas 6-1 kepada Australia dalam perlawanan kedua kelmarin, selain seri 1-1 menentang Jepun dalam perlawanan pertama, Sabtu lalu.
Dua lagi perlawanan yang berlangsung pada sebelah petang menyaksikan Australia mengutip kemenangan kedua dengan menewaskan India 3-1 manakala New Zealand pula mengutip kemenangan pertama selepas menang tipis 3-2 ke atas Jepun.