Skip to main content

Sukan Lain

Malaysia peroleh hak penganjuran Piala Dunia Dodgeball 2026

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dodge.jpg
Susulan kejayaan melakar pelbagai mahkota kejuaraan di pentas dunia, akhirnya sukan dodgeball memiliki mercu tanda tersendiri menerusi hak penganjuran Piala Dunia 2026.

Perkembangan positif itu sudah pasti diraikan pemain industri kecil sukan dodgeball yang rata-ratanya merupakan pemain semi pro -- namun dengan adanya Piala Dunia, ianya bakal merubah lanskap keseluruhan sukan yang semakin membangun pesat ini.

Individu yang bertanggungjawab menajdikan angan-angan pemain negraa menjadi realiti, sudah pastinya, Presiden Persatuan Dodgeball Malaysia (MAD), Datuk V. Radhakrishnan, yang terus pacu sukan itu ke arah profesional khususnya daripada aspek pentadbiran.

Radhakrishnan turut bertanggungjawab dalam penganjuran Kejohanan Dodgeball Jemputan Asia Pasifik (API) yang disertai 140 pasukan daripada 16 negara Mei lalu.

Advertisement

Must Watch Video