Jurulatih renang negara, Paul Birmingham, yang sudah meletak jawatan menasihati Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) supaya memperbaiki sistem kejurulatihan dan kejohanan peringkat negeri atau mereka akan berdepan masalah mencari bakat baru.
Birmingham meluahkan rasa gembira sepanjang tempoh 11 tahun mengendalikan skuad negara.
Namun, banyak penambahbaikan perlu dilakukan ASUM dalam memastikan perenang negara mampu bersaing di peringkat tertinggi seperti Sukan Asia, Komanwel dan Olimpik.
"Penekanan yang perlu dilakukan dalam sukan renang ketika ini adalah tentang pelaksanaan aspek pembangunan, perkara ini juga disedari ASUM.
"Saya fikir ASUM membuat langkah tepat daripada segi Program Podium serta di tahap elit.
"Bagaimanapun, sekiranya Malaysia ingin berjaya dalam sukan ini, saya fikir banyak yang perlu diusahakan di bahagian pembangunan seperti meningkatkan jumlah penyertaan dalam sukan ini," katanya.
Beliau mengesahkan akan meninggalkan skuad negara selepas tamat Sukan Asia Indonesia dari 18 Ogos hingga 2 September ini.
Sepanjang tempoh 11 tahun di Malaysia, pengendali kelahiran Australia itu berjaya membentuk perenang terbaik negara seperti Welson Sim dan Phee Jinq En yang akan mengibarkan cabaran dalam Sukan Asia.