Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Malaysia perlu fokus buru emas pertama Olimpik di LA 2028

haresh.jpg
Berbaki 17 bulan ke Sukan Olimpik Paris bakal dipenuhi cabaran buat atlet berprestasi tinggi negara.

Ini kerana, tempohnya dipercayai singkat untuk memastikan kelompok atlet elit negara berada di kemuncak prestasi demi merealisasikan impian pingat emas pertama.

509 hari menuju temasya pembukaan di kota Paris, masih ada persoalan melibatkan program 'Road to Gold' yang menghimpunkan atlet terbaik negara.

Namun pemerhati sukan negara, Haresh Deol berasakan ianya sudah terlalu lewat untuk memulakan inisiatif pingat emas Sukan Olimpik.

Bukan niat untuk mengkritik program tersebut,  namun Haresh mengambil sifat realistik mengenai peluang menggengam pingat emas Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles, Amerika Syarikat.

"Perancangan memburu pingat emas ini tidak boleh dilakukan dalam tempoh singkat, ia harus dilakukan sejak empat tahun yang lalu. Banyak perkara yang harus diperhalusi sebagai contoh perancangan latihan dan kejohanan atlet serta berdasarkan keputusan yang diperoleh dalam tempoh tersebut," kata Haresh.

Advertisement

Must Watch Video