Bekas kapten hoki negara, Datuk Mirnawan Nawawi, mempertahankan tindakan Malaysia menguji tiga pasukan bertaraf kerdil sebelum separuh akhir Liga Hoki Dunia di London, England, 15-25 Jun ini.
Ketika negara lain membuat persiapan lebih mantap, skuad kendalian Stephen van Huizen akan menentang pasukan pembangunan England, Jumaat ini, diikuti Wales dan Kanada.
Antara tiga pasukan itu, hanya Kanada menyertai saingan di London dengan reputasi pasukan bukan pilihan dalam Kumpulan B.
Namun, semua pihak perlu menghormati keputusan pihak pengurusan skuad kebangsaan kerana ada perancangan lain yang dimahukan van Huizen.
"Bagi saya, saya setuju kerana ia untuk mendapatkan rentak perlawanan, menambah keyakinan. Kadang-kadang baik untuk bermain dengan tiga pasukan ini," kata Mirnawan.
"Jadi, kita boleh cuba pelbagai strategi yang ingin kita lakukan semasa kejohanan sebenar nanti."
Kemenangan penting bagi membakar semangat pemain negara selepas hanya meraih tangga kelima dalam Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, bulan lalu.
Selepas itu, skuad ranking ke-14 dunia ini hanya mengadakan dua aksi persahabatan menentang skuad pembangunan negara sebelum berlepas ke London.
Malaysia yang diundi dalam Kumpulan A, akan memulakan kempen berdepan pasukan ranking pertama dunia, Argentina, pada 17 Jun ini.