BERITA SUKAN AM
Malaysia minat jadi hos Sukan Komanwel?
Ketiadaan hos sebenar, Victoria, Australia untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026, ia telah cetuskan isu yang hangat diperkatakan saat ini, lebih-Lebih lagi apabila beberapa pihak menganggap Malaysia mampu membida untuk dapat peluang menjadi tempat berpangkalan sukan empat tahun sekali itu.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, ketika ditemui dalam Majlis Sambutan Hari Wanita Sedunia di UNITEN, berkata: "Saya tak boleh komen perkara ini kerana kami sedang melakukan kajian di peringkat belia dan sukan dan kami akan serahkan semua hasil kajian kami kepada semua jemaah menteri untuk satu keputusan."
Must-Watch Video