Skip to main content

Sukan Lain

Malaysia mampu jadi penyelamat Sukan Komanwel walaupun dengan status bidan terjun

sot-kenny-ang.png
Bekas atlet bowling negara, Sot Kenny Ang, merasakan sukan bowling terus terpinggir dalam beberapa edisi penganjuran Sukan Komanwel sebelum ini termasuk pada edisi terakhir penganjuran di Birmingham 2022.

Dia berharap dengan perubahan yang lebih memudahkan akan memberi kelebihan kepada Malaysia sebagai penganjur bidan terjun dan mampu meletakkan Malaysia sebagai penyelamat di saat akhir.

Kemasukan sukan itu buat pertama kali di Sukan Komanwel 1998, telah menjadi medan kejayaan buat Kenny Ang selepas membolot dua pingat emas dalam sukan itu.

"Kita mempunyai standard yang tinggi dalam sukan boling ketika itu dan berpotensi untuk memenangi kejuaraan dunia.

"Selepas Australia menarik diri dari menjadi hos, saya menyokong usaha Malaysia untuk menganjurkan Sukan Komanwel 2026.

"Walaupun baki dua tahun terlalu singkat untuk menjadi hos, tetapi dengan fasiliti yang sedia ada tidak mustahil kita mampu membuat persediaan yang baik untuk sukan itu dianjurkan."
 

Advertisement

Must Watch Video