Skip to main content

Sukan Lain

Malaysia ke separuh akhir tanpa Kah Yan

aifa.jpg
Ketiadaan Ooi Kah Yan ekoran masalah kesihatan tidak menjejaskan peluang Malaysia untuk layak ke peringkat separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Remaja Dunia 2019 selepas menewaskan Switzerland 3-0 dalam suku akhir di Bukit Jalil, petang tadi.

Malaysia, selaku pilihan kedua kejohanan, jelas tidak berdepan masalah untuk menewaskan Switzerland meskipun tanpa kelibat Kah Yan, namun dijangka dapat beraksi menentang Hong Kong dalam separuh akhir, esok.

Dalam aksi petang tadi, Aifa Azman menghadiahkan mata pertama apabila menewaskan Ambre Allinckx 11-4, 13-11, 11-4 sebelum Chan Yiwen melebarkan kedudukan menerusi kemenangan 11-3, 11-7, 11-4 ke atas Cassandra Fitze.

Noor Ainaa Ampandi tidak berdepan masalah untuk menumbangkan Alina Poessl, sekali gus membawa Malaysia ke separuh akhir.

"Esok adalah aksi separuh akhir. Kami akan berikan 100 peratus dan sekali lagi mara ke final," kata Aifa.

"Sasaran awal adalah memastikan kami meraih tempat di podium. Kini ia telah dilaksanakan. Aksi seterusnya menentang Hong Kong, ia adalah pertemuan ulangan seperti final Kejohanan Remaja Dunia awal tahun ini. Ia adalah perlawanan getir dan kami tidak boleh memandang mudah," tambah pengendali skuad remaja kebangsaan, Andrew Cross.

 

Advertisement

Must Watch Video