Skip to main content

Sukan SEA

Malaysia dipilih tuan rumah Sukan SEA 2027

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

19817bukitjalil.jpg
Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) dalam satu mesyuarat di Hanoi, Vietnam hari ini memilih Malaysia sebagai tuan rumah bagi edisi ke-34 Sukan SEA 2027.

Perkara itu disahkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menerusi satu ciapan Twitter dan badan induk itu teruja untuk menerima kunjungan atlet daripada segenap rantau ini bagi temasya berkenaan.

Sebelum ini, Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, berkata SEAGF telah menghubungi MOM bagi mengemukakan tawaran kepada Malaysia untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA 2027 susulan pengunduran Brunei.

 
 
 

Advertisement

Must Watch Video