Selepas bergelut dengan aksi hambar dalam Piala Sultan Azlan Shah 2017, skuad kendalian Stephen Van Huizen kini mampu mara ke perlawanan penentuan tempat kelima dan keenam berdepan Jepun esok dengan moral tinggi selepas melakar kemenangan 1-0 ke atas India dalam aksi terakhir kumpulan, hari ini.
Disaksikan 3,000 penyokong, kedua-dua pasukan menghasilkan aksi yang bertenaga dari awal perlawanan.
Fitri Saari hampir membuka tirai jaringan dalam suku pertama perlawanan, namun percubaannya hanya sedikit sipi melepasi gawang India.
Memasuki suku kedua, India hampir di depan menerusi percubaan pukulan sudut penalti Rupinder Singh, namun penjaga gol, S. Kumar, bijak menyelamatkan gawang Malaysia.
Kumar sekali lagi menggagalkan percubaan India, kali ini menerusi Talwinder Singh pada minit ke-23 sebelum muncul wira buat kali ketiga apabila menyelamatkan gawang daripada pukulan sudut penalti kedua Rupinder.
Memasuki babak kedua, The Speedy Tigers mula memperkemaskan permainan dan hampir meledak gol menerusi pukulan sudut penalti Nazmi Jazlan, namun dinafikan Akash Chikte.
Malaysia akhirnya menemui gawang pada minit ke-51 menerusi Shahril Saabah.
Ironinya, gol tersebut hadir menerusi pukulan sudut penalti yang menjadi isu yang dihadapi pengendali, Van Huizen.
Meskipun menang, Malaysia kekal di tangga tercorot kumpulan manakala India jatuh ke kedudukan ketiga dan akan berdepan New Zealand dalam aksi penentuan ketiga dan keempat dalam aksi kedua, esok.
Keputusan lain:
Australia 2 Jepun 3
Great Britain 3 New Zealand 2