Jawatankuasa ad-hoc Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) akan menyerahkan kepada Pesuruhjaya Sukan (PJS) sama ada meluluskan atau tidak mesyuarat agung tahunan (AGM) untuk sesi 2019-2021 yang telah diadakan hari ini.
Presiden Karate Goshin-Ryu Malaysia, Datuk Clement Soo, yang telah dilantik pengerusi jawatankuasa ad-hoc selepas mesyuarat tersebut berkata pada masa ini, mereka akan mengambil alih pentadbiran MAKAF sehingga PJS membuat keputusan mereka.
“Kami akan hantar keputusan BGM kepada Pesuruhjaya Sukan secepat mungkin, dan kami mematuhi perlembagaan Makaf ketika melaksanakan AGM.
“Jika pejabat PJS gagal untuk membuat keputusan, kami tidak akan teragak-agak untuk membawa perkara ini kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Sadddiq Syed Abdul Rahman,” katanya kepada pemberita.
Soo yang memulakan penubuhan Makaf sejak 1978 menyatakan bahawa jawatankuasa ad-hoc itu akan terus mempertahankan hak lima ahli gabungan yang telah ditarik keahlian mereka oleh jawatankuasa eksekutif MAKAF.
Lima ahli gabungan tersebut ialah Persatuan Karate Wilayah Persekutuan/Putrajaya, Persatuan Karate Perak, Persatuan Karate Pahang, Persekutuan Karate Pulau Pinang dan juga Karate Goshin-Ryu Malaysia
Sementara itu, Soo mempersoalkan mengenai sasaran empat pingat emas yang ditetapkan Jawatankuasa Eksekutif MAKAF untuk Sukan Sea Filipina 2019 kerana baginya, jumlah itu terlalu rendah berbanding apa yang mereka jangkakan kerana Malaysia telah menjadi satu pasukan yang dominan di peringkat rantau Asia Tenggara sejak beberapa edisi sebelum ini.
Setiausaha Agung MAKAF, Datuk Nur Azmi Ahmad, berkata mereka meletakkan sasaran empat emas dalam Sukan Sea 2019, iaitu masing-masing dua bagi kumite dan kata.
“Kebanyakan kami adalah orang teknikal dalam karate sejak dahulu dan kita seharusnya menjadi juara atau tempat kedua dalam Sukan Sea 2019. Kita pernah menjadi kuasa besar karate, namun kini ketinggalan berbanding lawan di rantau ini,” kata Soo.
Untuk rekod, MAKAF terpecah dua kem selepas 12 daripada 22 ahli gabungan mengundi tidak percaya terhadap badan induk itu semasa mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang diadakan di Ipoh, 9 Jun lalu.
Presiden Persatuan Karate Putrajaya, P.Thiagu, mendakwa beberapa isu melibatkan badan induk dan antaranya penyalahgunaan peruntukan badan tersebut untuk kepentingan peribadi, kegagalan MAKAF membantu atlet yang layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan juga melakukan pelaburan dalam sebuah syarikat tanpa mendapat kelulusan daripada majlis tertinggi.
-- BERNAMA