Skip to main content

Sukan Lain

MAKAF bakal adakan AGM baru

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

presiden-persatuan-karate-do-putrajaya-thiagu.jpg
Mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang dilaksanakan oleh 12 ahli gabungan Persekutuan Karate-do Malaysia (MAKAF) menyaksikan majoritinya bersetuju mengadakan pemilihan semula pada 10 Julai depan. 

Sebelum ini, 12 ahli gabungan MAKAF itu melancarkan undi tidak percaya terhadap badan induk tersebut atas beberapa faktor yang mencetuskan rasa kurang senang ramai pihak.

Presiden Persatuan Karate-do Putrajaya, P. Thiagu, menjelaskan mesyuarat hari ini telah memutuskan penyandang jawatan MAKAF yang diterajui presiden, Tan Sri Mohd Ali Rustam, ketika ini sudah tidak mempunyai hak lagi dalam badan induk itu bermula esok. 

"Selepas EGM, sekretariat komuniti akan mengambil alih pentadbiran MAKAF sehingga AGM diadakan bulan depan. 

"Mereka telah kehilangan kuasa sebagai badan yang mengawal karate-do di Malaysia," katanya.

Dalam masa sama, Thiagu berpuas hati apabila mereka akhirnya berjaya melakukan pemilihan semula tanpa persetujuan ahli jawatankuasa MAKAF ketika ini dalam membentuk satu badan induk yang lebih telus.

"Bukan hak mereka sama ada mahu mengadakan AGM atau tidak, tetapi kami yang terdiri daripada majoriti pemegang taruh yang bersetuju untuk mengadakan pemilihan baru. 

"Kami mengikut prosedur berdasarkan perlembagaan dan kami memang berhak. 

"Kami memutuskan untuk mengadakan AGM yang baru," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video