SUKAN LAIN
Macau tagih khidmat Syarul Azman
Kejayaan berturut-turut atlet bina badan negara, Syarul Azman Mahen Abdullah, di pentas antarabangsa berjaya mendapat perhatian Macau apabila diberi tawaran menjadi jurulatih di negara itu.
Syarul Azman terus mengharumkan nama negara tahun lalu apabila dinobat sebagai Mr Asia buat kali kelima dan Mr Universe buat kali keempat berturut-turut.
Buat kali pertama, kejayaan Syarul Azman berjaya mendapat perhatian negara luar dengan tawaran untuk menjadi jurulatih kebangsaan di negara tersebut.
Iklan
"Saya mungkin akan berbincang dengan pihak persatuan serta wakil dari Macau mengenai kontrak saya di sana. Buat masa ini, saya masih lagi meneliti hal ini," katanya.
Bagaimanapun, Syarul Azman tidak menafikan ia keputusan yang sukar baginya kerana masih aktif sebagai atlet dalam kancah bina badan.
"Saya masih lagi aktif bertanding dalam bidang ini dan pihak kerajaan Macau mahukan khidmat saya sebagai jurulatih di sana dan perkara ini masih lagi dipertimbangkan."
Editor: Ammar Hakim
Must-Watch Video