Skip to main content

Sukan Lain

LTdL: Anuar terkilan gagal pamer aksi terbaik

anuar.jpg
Pelumba veteran negara, Anuar Manan, mengakui terkilan gagal mendapatkan kedudukan terbaik untuk aksi 'pemanas badan' kriterium antarabangsa Malaysia hari ini setelah menghadapi masalah teknikal pada basikal menuju ke garisan penamat. 

Anuar, yang buat julung kalinya menyarung jersi Malaysia untuk saingan Le Tour de Langkawi (LTdL), berhasrat untuk menakluk saingan kriterium yang bermula di Padang Merdeka, Kota Kinabalu memandangkan ia merupakan acara kegemaran buat semua pakar pecut.

Namun, hasrat pelumba berasal dari Terengganu itu tidak kesampaian apabila mengalami masalah teknikal berbaki beberapa kilometer sahaja lagi menuju garisan penamat dengan Anuar sekadar menghabiskan saingan di tangga ke-50 keseluruhan.

"Saya kurang bernasib baik pada penghujung perlumbaan dan gagal untuk menamatkan saingan di kedudukan yang lebih baik hari ini," katanya.

Anuar ternyata tidak gusar dengan pencapaian kriterium dan berjanji akan bangkit menjelang perlumbaan peringkat pertama di Kuching esok.

Bagaimanapun, skuad negara tetap tidak mengecewakan untuk saingan pra-perlumbaan LTdL apabila Nik Mohd Azwan Zulkifli berada di kedudukan keenam bagi kategori pecut dengan Mohamad Izzat Hilmi Abdul Halil menamatkan saingan keseluruhan di tangga ke-18.

"Saya agak terkilan kerana di belakang saya terdapat dua lagi rakan sepasukan dan ini merupakan keputusan yang kurang baik buat pasukan Malaysia."




Editor: Ammar Hakim

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found